Quantcast
Channel: Makrifat Tok Kenali – MAKRIFAT TOK KENALI
Viewing all 40 articles
Browse latest View live

2 Naskah Kitab Keluaran Terbaru

$
0
0

 

KITAB KELUARAN TAHUN HADAPAN 2015

Kitab yang amat menarik untuk dihayati oleh semua yang menampilkan sejarah hidup ketiga-tiga tokoh berserta ilmu masing-masing. Lain padang, lain belalang. Lain jarak, lain terkukur, namun tidak lain dari tujuan yang SAMA. Perjalanan serta pengorbanan, pahit getir dalam meniti sebuah perjuangan mencari dan menyebarkan ilmu. Sedih, suka dan duka perjalanan ketiga-tiga tokoh dalam memperjuangkan ilmu yang haq. Perjuangan hidup ketiga-tiga tokoh tersebut, semuanya meniti di atas titian air mata….

KITAB KELUARAN TAHUN HADAPAN 2015 SETERUSNYA

“WIRA, HANYA AKAN DIKENANG SETELAH TIADA”

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

2 Naskah Kitab Terbaru Hj. Shaari Sudah Terbit Di Pasaran

$
0
0
 

 

Untuk makluman, 2 buah kitab ilmu terbaru Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan yang bertajuk “Dimanakan Ku Cari Ganti” dan “Hampir Tidak Kesampaian, Berakhir Tiada Kesudahan” sudah terbit di pasaran. Kedua-dua buah kitab ini mengandungi lebih kurang 420 muka surat dan harga bagi kitab-kitab berkenaan ialah RM63.00 senaskah. Untuk sebarang tempahan, sila hubungi talian 019-4444713.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Siapa Dajal, Siapa Iblis dan Siapa Syaitan

$
0
0

 

Soalan dari anakanda Ikhwan: Siapakah Dajal?

Jawapan dari ayahanda Hj. Shaari, sebelum mengenal Dajal, cuba anakanda kenal dulu siapa iblis dan kenal dulu siapa syaitan!

Contohnya semasa bulan ramadan (bulan puasa), pada bulan ramadan, Allah telah merantai syaitan dan iblis. Pada bulan ramadan, segala syaitan dan iblis dirantai, dikunci, diikat, dijel dan dikurung. Tetapi yang menjadi tanda tanya dan yang menjadi persoalannya di sini, “siapakah” yang melakukan perbuatan maksiat di bulan ramadan? Persoalannya, siapakah yang melakukan kejahatan atau yang melakukan maksiat pada bulan ramadan, sedangkan iblis dan syaitan telah dikurung oleh Allah?

Kepada sesiapa yang boleh menjawab persoalan di atas, maka tahulah dia siapa Dajal. Apakah yang memenuhi lokap polis di bulan ramadan itu syaitan dan iblis? Apakah syaitan yang berkhalwat antara lelaki dan perempuan (bersekedudukan) di bulan ramadan? Syaitan atau ibliskah yang mencuri dan membunuh di bulan ramadan?

Cari jawapan itu…itulah Dajal! Amin…daripada Hj. Shaari.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Bolehkah Kita Melihat Allah?

$
0
0

 

Jawapan kepada soalan Anakanda Shrman:

Jika kita melihat Allah dengan biji mata, bererti Allah itu makhluk. Allah tidak dapat dilihat dengan mata, kerana Allah bukan makhluk, melainkan Allahlah yang melihat diriNya sendiri (Allah melihat Allah). Hanya Allah mengenal Allah dan hanya Allah melihat Allah.

Kita bersifat tidak ada (kita bersifat tidak wujud), mana mungkin yang bersifat tidak wujud melihat yang wujud! Mana mungkin yang tidak ada boleh melihat yang ada! Kita bersifat tidak wujud dan kita bersifat tidak ada, mana mungkin yang tidak ada boleh mengenal atau boleh melihat yang ada! Yang ada sahaja yang mengenal dan melihat yang ada. Yang wujud sahaja yang mengenal yang wujud.

Belajarlah mengenal Allah, supaya kita dapat mengenal Allah dengan Allah. Nabi musa bukan melihat Allah dengan mata tetapi melihat Allah dengan ilmu. Persoalannya disini, ilmu itu apa dan ilmu itu siapa? Dalam sifat 20 mengatakan bahawa ilmu itu adalah sifat Allah (ringkas kata, ilmu itu sendiri adalah Allah). Ilmu itu, itulah Allah. Nabi musa melihat Allah dengan ilmu, sedangkan ilmu itu, itulah Allah. Jadi melihat Musa kepada Allah itu dengan Allah (Allah melihat Allah).

Makhluk manusia tidak akan mungkn boleh melihat Allah kerana Allah bersifat batin (ghaib) sedangkan manusia melihat melalui mata. Sedangkan mata yang bersifat zahir tidak boleh melihat yang batin (ghaib). Melainkan yang ghaib sahaja yang mengenal ghaib dan yang batin sahaja yang mengenal batin.

Amin…daripada Hj. Shaari.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Patah Sayap Bertongkat Paruh

$
0
0

 

Jawapan kepada sahabat dari Kepulauan Riau:

Baru-baru ini ada dua orang sahabat dari Bentan Kepulauan Riau datang ke Kuala Lumpur. Sesungguhnya masih ramai di luar sana yang tahu makrifat tetapi mereka takut untuk bersuara atau berkalam. Takut dituduh sesat…itu pasal kebanyakan mereka itu memilih jalan diam.

Ilmu makrifat itu, tidak ada di pusat pengajian tinggi dan tidak ada di Universiti Azhar. Itulah sebabnya bila kita bercakap tentang ilmu makrifat, mereka tentang dan mereka tuduh sesat. Ini adalah kerana sebabnya mereka tidak pernah belajar dan tidak pernah dididik dengan ilmu ini.

Nak bercakap ilmu makrifat tidak pandai, lalu menuduh ilmu ini sesat. Cuba ceburi dulu ke dalam ilmu makrifat, barulah tuan-tuan tahu betapa ilmu makrifat itulah satu-satunya jalan menuju kepada kaedah mengenal Allah Taala yang tidak ada jalan lain lagi sesudahnya.

Namun banyak mendapat tentangan, sesungguhnya ilmu inilah yang dicari-cari oleh seluruh makhluk alam. Ilmu makrifat itu seumpama minyak wangi yang paling harum. Bilamana harum (wangi), walaupun disorok, disembunyikan, disekat, dipatahkan, dikeji, difitnah dan dituduh sesat, bilamana wangi, ianya akan tetap wangi juga. Yang wangi itu, akan tetap terhidu walaupun ditutup.

Untuk itu, janganlah tuan-tuan di luar sana takut dan jangan ragu untuk mendekati dan mempelajari ilmu makrifat. Ilmu makrifat sebenar Tok Kenali Kelantan, tidak pernah mengajar kita supaya jangan bersolat dan jangan berpuasa. Ilmu makrifat sebenar, tidak pernah mengajar Allah itu ada dua dan tidak pernah mengajar supaya kita mengaku Allah!

Orang sengaja menuduh ilmu makrifat itu sesat atau salah. Sesat atau salahnya ilmu makrifat itu, adalah datangnya dari tuduhan mereka-mereka yang tidak mengenal makrifat! Sebab apa mereka tuduh sesat? Sebabnya adalah kerana mereka itu tidak pernah mengenal ilmu makrifat. Adapun bagi sesiapa yang telahpun belajar berilmu makrifat, mereka tidak sekali-kali menuduh ilmu makrifat itu sesat. Apakah pernah kita dengar orang makrifat menuduh ilmu makrifat itu sesat? Cuba tanya orang makrifat, apakah pernah mereka tuduh ilmu ini sesat?

Cuma, kebanyakannya sekarang ini, ada terdapat sesetengah guru yang mengaku guru makrifat tetapi tidak bermakrifat. Mengaku guru makrifat tetapi mengajar ilmu yang bukan ilmu makrifat! Inilah kebanyakannya menyesatkan dan merosakkan nama ilmu makrifat.

Namun tidak semua guru makrifat mengajar ilmu makrifat yang sesat. Jadi berhati-hati dan carilah yang sebenar-benar guru. Guru makrifat yang sebenar itu, adalah guru yang tidak meninggalkan sunah dan Al-Quran.

Untuk itu, marilah kita sama-sama memperjuangkan ilmu makrifat walau patah sayap bertongkat paruh…

Amin…daripada Hj. Shaari.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Pandang Allah Di Sebalik Gerak

$
0
0

 

ALLAH…..Yakinlah kepada Allah Taala dengan seyakin-seyakinnya. Yakin dan percaya kepada Allah itu, hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim. Yakin kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim.

Adapun maksud tidak berhuruf dan tidak bersuara itu adalah hendaklah perkara yakin kita itu sampai kepada tahap “jangan terlihat adanya makhluk!”. Selagi masih tertilik makhluk, selagi itulah ada huruf dan ada suara. Untuk sampai kepada yakin yang tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah “jangan tertilik adanya makhluk”. Selagi kita masih terlihat adanya makhluk, selagi itulah adanya jirim dan jisim dan selagi itulah masih ada huruf dan ada suara. Saya ulang lagi sekali, untuk sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah “jangan tertilik adanya makhluk” (jangan ujudkan makhluk!). Setelah tidak ujud makhluk, barulah dikatakan Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim. Selagi ada makhluk dan selagi wujud makhluk, selagi itulah kita tidak dikatakan bertauhid kepada Allah Taala. Kerana kita masih wujudkan huruf dan wujudkan suara. Bererti keyakinan tuan-tuan kepada Allah belum bulat dan belum putus bertauhid kepada Allah!

Allah itu meliputi, menyeluruh, sempurna, bijaksana dan sehingga tiada satu ruang yang tidak ada Allah. Selagi adanya semesta alam ini, selagi itulah adanya Allah. Sebab apa? Sebabnya adalah kerana Allah itu meliputi sekalian alam. Meliputinya Allah itu, sehingga tidak ada ruang dan tidak ada tempat yang tidak ada Allah, Allah ada di mana-mana (tidak ada tempat yang tidak ada Allah) itulah ertinya Allah meliputi sekalian alam.

Allah itu meliputi sekalian alam, ertinya Allah ada pada tiap-tiap yang wujud. Yakinlah akan kewujudan Allah, pada tiap-tiap ciptaannya dan kejadiannya sehingga sempurna, adalah tersembunyi Allah disebaliknya (tetapi kenapa kita masih tidak terlihatNya)? Lihat dan tiliklah alam ini, sesungguhnya di alam ini tiada lain melainkan hanya Allah jua yang wujud.

Alam dan diri kita tidak ada, yang ada hanyalah kudrat Allah dan wujud Allah. Kita tiada daya upaya melainkan izin Allah. Ungkapan ini amat jelas menggambarkan betapa bergantungnya makhluk kepada Allah Taala. Berfungsinya kita ini, adalah di atas dasar sifat mengikut ketetapan Allah itu sendiri. Kenyataan ini diperkuatkan dengan, tidak bergerak sezarah pun tanpa izin Allah. Jika sesiapa faham akan kata-kata di atas, maka tiada lagi sifat keakuan dan sifat diri. Umpama aku kaya, aku yang kuat, aku berpendidikan tinggi, aku alim, aku berpangkat dan sebagainya. Kerana secara logik akal, kita tahu tubuh badan ini diciptakan oleh Allah. Seluruh alam semesta ini diciptakan Allah. Apa lagi suara atau akal serta kelakuan diri semuanya kudrat Allah. Kesimpulan dan penamat untuk yakin akan wujudnya Allah agar kita benar-benar percaya dan tidak lupa Allah biar sesaat.

Berfungsinya jasad kita ini, adalah di atas dasar sifat kebergantungan kepada roh, tanpa roh jasad itu jadi mayat. Begitu juga alam semesta dan isinya adalah bergantung dan berfungsi disebabkan roh. Siapakah roh? Persoalan ini terjawab bila kita merenung ke dalam diri kita sendiri. Roh selalunya diambil tahu apabila di ketika kita mati sahaja. Semasa masih hidup, sesiapa pun tidak ambil tahu tentang roh. Roh itu, adalah rahsia Allah. Kerana adanya rohlah makanya jasad boleh merasa gerak, merasa bahagia, merasa miskin, kaya, senyum, marah, sombong, bongkak, berharta, cantik, tinggi, rendah, hitam, putih, merajuk, dan sebagainya. Merasanya kita kepada perkara-perkara di atas, adalah dikeranakan adanya roh. Untuk itu, barang siapa yang berhajat untuk mengesakan Allah atau hendak bertauhid kepada Allah, sebelum bertauhid kepada Allah hendaklah terlebih dahulu mengenal roh! Tanpa mengenal roh, tuan-tuan tidak akan dapat untuk bertauhid kepada Allah Taala!

Allah telah berfirman, “Aku jadikan makhluk dan apa-apa yang kamu perbuat”. Yakinlah kita pada hari ini bahawa, apa-apa yang kita perbuat itu, sesungguhnya telah terbuat di Loh Hul Mahfuz sebelumnya. Allah perzahir, pertonton dan perlihatkan sifatNya “melalui perbuatan” roh. Barang siapa berhajat untuk melihat Allah, maka lihatlah kepada perbuatan roh. Perbuatan roh pula dizahir, diperlihat dan dipertontonkan pula melalui jasad kita. Oleh itu, barang siapa berhajat untuk melihat roh, maka lihatlah perbuatan kita. Terlihat perbuatan kita, maka terlihatlah roh. Bilamana terlihat roh maka terpandanglah Allah Taala. Terlihat seumpama roh yang perbuat, namun pada hakikatnya rohlah perbuat.

Untuk tinggi lagi martabat makrifat kita, kita tidak lagi boleh dudukkan kepada roh yang perbuat, melainkan Allahlah yang perbuat (bukan roh yang perbuat tetapi Allahlah yang perbuat segala gerak perbuatan). Bertauhidlah kita pada hari ini bahawa segala afaal dan apa-apa yang diperbuatkan oleh sekalian makhluk itu, adalah “penzahiran Allah”. Bilamana terlihat perbuatan makhluk, hendaklah terpandang Allah. Itulah yang dikatakan tauhid kepada Allah (tauhidul afaal).

Mulai hari ini, marilah kita bertauhid kepada Allah dengan mengaku bahawa segala afaal yang makhluk perlakukan itu, adalah semata-mata bagi memperlihatkan Allah disebaliknya. Marilah kita melihat Allah melalui perbuatan makhluk. Allah zahirkan diriNya melalui afaal kita.

Ihsan dari air tangan Hj. Shaari…amin.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Bacalah Karangan Air Tangan Dari Mohd Fauzi Sabah

$
0
0
 

Karangan Mohd Fauzi dari Sabah teramat baik untuk tuan-tuan ikuti. Setelah ayahanda amati dan teliti tulisannya, ternyata ianya adalah sebuah karangan yang baik. Terima kasih kepada sesiapa yang membacanya.

Amin…daripada Hj. Shaari.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Tajuk Kitab Terbaru Julai 2015

$
0
0

 

Kepada sekalian peminat Ilmu Makrifat Tok Kenali Kelantan, kini sudah terbit 2 kitab terbaru yang berjudul:

cover biruCover Orange & Turqoise

Kitab-kitab di atas iaitu “Dimanakan Ku Cari Ganti” dan “Hampir Tidak Kesampaian, Berakhir Tiada Kesudahan” masing-masing berharga RM63.00 dan setebal 400 lebih muka surat. Di bawah adalah merupakan kos penghantaran secara pos bagi kitab-kitab berkenaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak.

Jumlah Kitab Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak
1 RM6.00 RM10.00
2 RM9.00 RM15.00

Kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan kitab-kitab berkenaan, sila berhubung terus dengan Hj. Shaari di talian 019-4444713.

Amin…daripada Hj. Shaari.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Buruk dan Baik, Mana Datangnya?

$
0
0

 

Jawapan kepada pertanyaan anakanda Ahmad Hambali:

Perkara yang baik itu, selalunya kita kata datangnya dari Allah Taala. Apakah perkara buruk itu, datangnya dari Allah yang lain? Apakah ada Allah lain yang memperbuat jahat dan ada Allah lain yang memperbuat perkara baik? Cuba jawab pertanyaan saya? Saya nak tanya, apakah Allah itu ada dua? Jika Allah itu satu, siapakah yang memperbuat baik dan siapakah yang memperbuat jahat (buruk)?

Contohnya, pada suatu hari Nabi Allah Isa melihat bangkai seekor anjing mati di padang pasir. Para sahabat semuanya menutup hidung, malahan ada yang loya melihat mata anjing itu yang hampir pecah dan isi perut yang terburai. Lalu Nabi Isa berkata, “Alangkah putihnya gigi anjing itu”. Para sahabat menegur bagaimana Nabi Isa boleh berpendapat sebegitu? Lalu dijawab oleh Nabi Musa, “Aku sedang belajar melihat kebaikan dan kecantikan di dalam keburukan”.

Berkenaan baik buruk itu, adalah mengikut prasangka kita semata-mata. Mulai pada hari ini, mari kita cuba lihat tuan yang empunya gerak baik dan tuan yang empunya gerak buruk! Siapakah tuan empunya kebaikan dan siapakah tuan empunya keburukan?

Kita selalu terpandang ciptaan (gerak) tetapi kita terlepas pandang untuk melihat kepada pencipta (tuan empunya gerak). Jika kita terpandang ciptaan, sudah tentu baik kepada apa yang kita suka dan tidak baik kepada apa yang kita tidak suka.

Adapun bagi orang makrifat, memandang kepada sifat sesuatu itu, adalah baik belaka. Kerana apa dikatakan baik belaka? Dikatakan semuanya baik belaka, adalah kerana kesemuanya perkara buruk baik itu, adalah datangnya dari ciptaan Allah Taala. Apapun segala ciptaan Allah itu, semuanya didapati baik belaka (tidak ada satupun ciptaan Allah yang tidak baik, jika terpandang pencipta dan bukan terpandang ciptaan). Bilamana kita pandang bala, maka akan hilanglah nikmat dan barang siapa terpandang nikmat, maka hilanglah bala. Sekarang terpulanglah arah mana yang tuan-tuan pandang.

Oleh itu, mulai pada hari ini, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, supaya ubahlah sikap kita. Berubahlah dari sifat yang selalu mengeji, mengumpat, mengata orang kepada sifat bersyukur dan sifat berterima kasih kepada Allah Taala. Saya ingin mengajak dan mendidik tuan-tuan semua agar memandang kebaikan daripada memandang keburukan. Jangan kita pandang buruknya orang, pandanglah kebaikannya.

Mulai pada hari ini, berbaik sangkalah kepada Allah. Untuk berbaik sangka kepada Allah itu, caranya adalah dengan tidak memandang buruk kepada orang lain. Pandanglah kepada tuan empunya baik dan pandanglah kepada tuan yang empunya buruk, iaitu Allah S.W.T. Sekiranya kita melihat sesuatu yang buruk pada orang lain, sesungguhnya ia adalah cermin untuk diri kita sendiri. Adapun orang yang berhati bersih itu, hanya selalu melihat kebaikan pada orang lain.

“Kul kullun min indillah”, bermaksud “Sesungguhnya buruk dan baik itu, adalah datangnya dari Allah”.

Ihsan dari air tangan Hj. Shaari. Amin…

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Kepada Warga Pontianak Indonesia

$
0
0

 

Ayahanda Hj. Shaari akan datang ke Pontianak, Indonesia pada tanggal 31 Ogos sehingga 02 September 2015. Kepada sesiapa yang berhajat untuk bertemu, sila tunggu kedatangan saya di Airport pada jam 1.30 waktu Malaysia, saya akan datang dengan menaiki pesawat Air Asia. Khusus kepada peminat tulisan saya, sekarang sudah terbit 2 naskah kitab baru, sama-samalah kita menyelami isi kandungannya, yang tiada bandingannya dengan ringgit atau rupiah. Jika ada kelapangan, saya akan jawab segala pertanyaan tuan-tuan.

Amin…daripada Hj. Shaari.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Apakah Itu Zikir Nafas?

$
0
0

 

Kepada yang bertanya…

Di sini inginlah saya memperjelaskan bahawa maksud, erti atau makna zikir nafas itu, adalah zikir yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Adapun zikir yang tidak berhuruf dan bersuara itu, adalah zikir yang tidak menggunakan bibir mulut dan tidak menggunakan buah tasbih.

Namun, sebelum itu, tuan-tuan kena faham dulu, apakah itu makna, maksud atau erti zikir. Adapun maksud perkataan zikir itu adalah dalam bahasa Arab. Bilamana diMelayukan ianya bermaksud “Ingat”. Zikir dalam bahasa arab, manakala dalam bahasa Melayu pula ertinya “ingat”.

Sekarang kita jangan jadi Arab, mari kita jadi Melayu atau jadi Indon. Kita belajar ilmu bukan nak jadi Arab, tetapi mari kita belajar supaya jadi kita (Melayu atau Indon). Matikan bunyi-bunyi Arab.

Kalau diMelayukan makna zikir itu ingat. Sekarang mari kita sebut perkataan ingat jangan lagi kita sebut perkataan zikir. Kalau kita sebut zikir nanti kita hanya ingat buah tasbih.

Bagaimana untuk ingat kepada Allah dengan tidak berhuruf dan bersuara. Tidakkah Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim. Seharusnya juga ingat kepada Allah itu, sepantasnya juga dengan cara tidak berhuruf dan bersuara. iaitu dengan cara:

“Ingat kepada nafas kita yang turun naik”

Nafas kita yang turun naik siang dan malam itu, sebenarnya zikir (ingat) kepada Allah. Yang turun naik itu tidak tidur, dia sajalah yang ingat kepada Allah, walaupun kita dalam keadaan tidur atau dalam keadaan kita lupa.

Memandangkan tuan hanya tanya tentang zikir, maka saya hanya menjawab tentang zikir. Memandangkan tuan tidak bertanya tentang apakah maksud, erti atau makna nafas yang turun naik, makanya saya hanya jawab setakat zikir sahaja. Untuk mengetahui apakah itu nafas yang turun naik, kita cerita di lain hari.

Jika tuan berkehendak kepada apakah itu maksud nafas yang turun naik, kita jumpa di lain masa dan lain waktu.

Siapakah nafas kita yang turun dan naik setiap detik itu?

Tidak lupa saya dan keluarga mengucapkan “Selamat Hari Raya Korban”.

Amin…daripada Hj. Shaari.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Daripada Negeri Di Bawah Bayu

$
0
0

 

Assalamualaikum…

Kepada Tuan Guru Hj. Shaari, muslimin dan muslimat sekalian. Izinkan saya berkongsi kata-kata kosong ini agar kita sama-sama teguh dalam menghalusi ilmu makrifatullah ini.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, berpegang teguhlah pada ajaran Makrifat Tok Kenali yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj. Shaari kita, yang mana ianya amat mudah difahami dengan buku-buku dan CD keluaran beliau. Hargailah ilmu itu sesungguhnya wang ringgit tidak bernilai berbanding ilmu ini.

Hidup kita ini cuma satu tujuan iaitu untuk kenal kepada Allah SWT. Allah adalah sang pencipta kita dan alam semesta ini, oleh itu bertauhidlah serta percayalah wujudnya kita hanyalah untuk menyatakan dirinya iaitu Allah.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian. Untuk kenal pada Allah hendaklah kita belajar Sifat 20 dengan memahaminya secara mendalam. Apabila kita sudah tahu dan faham sifat itu, cuba tuan-tuan bawa pada diri sendiri, sifat itu semua ada pada kita.

1. Ada
2. Terdahulu
3. Kekal
4. Berdiri sendiri
5. Berbeza dengan makhluknya
6. Esa
7. Kuasa
8. Berkehendak (Berkemahuan)
9. Mengetahui
10. Hidup
11. Mendengar
12. Melihat
13. Berbicara
14. Keadaanya berkuasa
15. Keadaanya yang berkehendak menentukan
16. Keadaanya yang mengetahui
17. Keadaanya yang hidup
18. Keadaanya yang mendengar
19. Keadaanya yang melihat
20. Keadaanya yang berbicara

Inilah sifat roh/nyawa/nafas/nadi. Panggillah apa saja, satu itu. Inilah kerajaan Allah dan kebesaranNya. Inilah sifat Allah.

1. Tiada
2. Baru
3. Berubah-ubah dan akan binasa
4. Menyerupai sesuatu
5. Berdirinya dengan yang lain
6. Lebih dari satu, berbilang
7. Lemah
8. Tidak berkemampuan iaitu terpaksa
9. Bodoh
10. Mati
11. Tuli
12. Buta
13. Bisu
14. Keadaanya yang lemah
15. Keadaanya tidak menentukan atau terpaksa
16. Keadaanya yang bodoh
17. Keadaanya yang mati
18. Keadaanya yang tuli
19. Keadaanya yang buta
20. Keadaanya yang bisu

Inilah sifat jasad kita atau sifat sesuatu serta sifat makhluk. Selamilah dan fahamlah kita sifat badan yang kita agung-agungkan itu rupanya tiada.

Benarlah kata Tuan Guru Hj Shaari, untuk kenal Allah, kita jangan terlihatnya diri atau jasad atau makhluk. Lihatlah pada sifat Allah, rasailah dan nikmatilah akan kebesaran Allah pada kita. Jangan sesekali mengaku kita Allah dah sifat kita tiada apanya nak mengaku Allah. Barang siapa mengaku dia Allah itulah syirik dan belum mengenal Allah. Kenapa kita tidak boleh mengaku Allah? Bila kita mengaku Allah maka wujud kita dan wujud Allah, kita belajar nak Esakan Allah, Allah itu satu, tunggal tiada yang wujud melainkan Allah. Sifat nafsiah wujud itu hanya Allah.

Barang siapa baru mengenal Allah dengan Sifat 20 itu dan faham akan sifat jasad yang berlawanan dengan sifat Allah, kamu akan menggigil, menangis, insaf, taubat maka peganglah ia terus tanpa berganjak biar apa terjadi. Di situlah sabar, di situlah taat, yakin dan segala sifat kebaikan, maka kita sudah berhari raya redha, ikhlas dan yakin kerana kita sudah berserah diri secara total kepada Allah SWT.

Sekian, lebih lanjut, telefon dan tanya serta dapatkan buku dan CD dari tuan guru kita TUAN GURU HJ. SHAARI.

Kiriman: Mohd Fauzi Sabah | fauzilatip123@gmail.com


Filed under: Makrifat Tok Kenali

Yang Tidak Ada, Tidak Akan Dapat Mengadakan Yang Ada

$
0
0
 

Yang mati tidak dapat mengadakan yang hidup. Yang tiada tidak dapat mengadakan yang ada.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Aurat (sempadan) atau hak sempadan makhluk itu adalah bersifat dengan sifat tidak ada. Sebaliknya aurat (sempadan) atau hak Allah pula adalah bersifat dengan sifat ada (wujud).

Cuba tuan-tuan fikir dengan suluhan mata hati. Bolehkah kita yang bersifat tidak ada untuk menyatakan yang ada (Allah)? Melainkan yang ada itu sendirilah yang boleh menyatakan yang ada (hanya Allah yang boleh menyatakan diriNya sendiri). Hanya Allah sajalah yang mengenal diriNya sendiri. Kita yang bersifat tidak ada dan yang bersifat tidak wujud, mana mungkin dapat menyatakan Allah yang bersifat wujud. Oleh itu, sebelum tuan-tuan mengenal yang hidup, kenallah terlebih dahulu diri yang mati ini.

Setelah mengenal yang mati, barulah kita boleh mengenal yang hidup. Contohnya, kita kenal kaya kerana kita kenal miskin. Kita kenal sihat kerana kita kenal sakit dan kita kenal putih adalah kerana kita kenal hitam. Begitu juga Allah, untuk kenal yang hidup, tuan-tuan hendaklah terlebih dahulu mengenal yang mati. Setelah mengenal yang mati, barulah boleh dikatakan mengenal yang hidup. Kenal diri rata-rata baru kita dapat mengenal Allah yang maha nyata.

Kita bersifat mati, mana mungkin dapat mengenal yang hidup. Buat apa kita hendak bersusah payah mengenal yang mati. Pada hari ini, jam ini dan saat ini, marilah kita sama-sama mengenal yang hidup. Tidak payah kita buang-buang masa untuk mengenal yang tidak ada (yang tidak wujud) dan mengenal yang mati. Adalah lebih baik kita mengenal yang hidup dan kita kenal yang wujud.

Yang hidup itu selalu ada bersama tuan-tuan. Selagi tuan-tuan hidup, yang hidup itu tetap bersama kita, sayangnya tidak ramai yang mahu mengerti! Carilah yang ada, kenapa tuan-tuan hendak mencari yang bersifat tidak ada. Kita bersifat tidak ada dan kita bersifat tidak wujud, yang tidak wujud tetap tidak wujud dan yang tidak ada tetap tidak ada. Sebaliknya yang ada itu tetap ada dan yang wujud itu tetap wujud. Setelah yang tidak ada itu tidak ada, barulah yang ada itu ada.

Setelah sekian lama tidak ke udara, kini ayahanda Hj. Shaari kembali menemui tuan-tuan dengan dua buah kitab terbaru yang akan terbit pada bulan hadapan. Semoga hendaknya kita mengenal Allah dengan sebenar mengenal. Kenallah kepada yang hidup kerana yang hidup itu adalah Allah.

Ihsan dari air tangan Hj. Shaari…amin.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Marilah Kita Sama-Sama Berterima Kasih Kepada Allah

$
0
0
 

Ramai yang pandai berterima kasih kepada sesama makhluk, tetapi tidak ramai yang berterima kasih kepada Allah. Berterima kasih kepada Allah bukan sahaja dengan menyebut syukur atau Alhamdulillah, kita juga boleh berbahasa Melayu (Allah faham walaupun kita berbahasa Melayu) dengan menyebut perkataan “terima kasih Allah”.

Jadikan ianya sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita. Dengan menyebut terima kasih Allah, ertinya kita menghargai apa yang telah Allah kurniakan kepada kita. Banyak nikmat Allah yang kita guna, hari-hari kita guna nikmat Allah, pernahkah kita ucap terima kasih? Nikmat Allah yang kita guna itu adalah seperti tangan, kaki, mulut, telinga, lidah, merasa, melihat, mendengar dan lain-lain lagi, tidakkah ada di dalam hati kita secebis perasaan untuk berterima kasih kepada Allah.

Kita memperingati Hari Bapa, Hari Ibu, Hari Kekasih, Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Merdeka, Hari Lahir dan berbagai-bagai lagi hari, tetapi pernahkah kita sambut hari berterima kasih kepada Allah. Susah sangatkah hendak menyebut perkataan terima kasih Allah? Mulai hari ini, marilah kita selalu menyebut perkataan terima kasih Allah sebagai tanda syukur dan tanda mengenang jasa Allah.

Mari kita sambut “Hari Mengenang Allah” dalam diri kita. Sambutlah Hari Mengenang Allah pada setiap hari, setiap masa dan setiap saat. Mengenang jasa-jasa Allah kepada kita yang tidak ternilai banyaknya. Mari kita sama-sama mengenang jasa Allah dengan ucapan “Terima Kasih Allah”.

Ihsan dari air tangan Hj. Shaari…amin.

Ingat!

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Sesat Sana Sesat Sini, Haram Sana Haram Sini.

$
0
0
 

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat sekalian.

Akhir-akhir ini banyak yang menuduh ilmu makrifat itu sesat dan makrifat itu haram. Pada saya, sesat atau haram itu adalah kerana belum jumpa. Belum jumpa, memanglah sesat. Cuba tuan-tuan dah berjumpa, pasti ianya tidak lagi sesat. Sesat itu adalah kerana belum jumpa.

Sesat atau haram itu adalah bergantung kepada mengenal Allah atau tidak. Bagi yang sudah berjumpa dan bagi yang sudah mengenal, makrifat tidak lagi sesat dan makrifat tidak lagi haram. Sesat atau haram itu adalah bergantung kepada perkara tahu atau tidak!

Saya kira solat orang yang tidak mengenal Allah itu lebih sesat dan lebih haram daripada ilmu makrifat. Kenapa orang yang solat tanpa mengenal Allah dan solat tanpa ingat kepada Allah itu tidak dijatuhkan hukuman sesat dan kenapa tidak dijatuhkan hukuman haram?

Solat tanpa kenal Allah dan solat tanpa ingat kepada Allah itu apakah hukumnya? Cuba tuan-tuan jawab?

Jika tidak tahu, memanglah sesat. Cuba tuan-tuan baca dan cuba tuan-tuan hayati betul-betul kitab lama. Pasti tuan-tuan menangis dan pasti tuan-tuan insaf, betapa diri kita ini teramat jauh dari Allah.

Kita hanya tahu menyebut nama Allah, Allah yang kita sebut dan yang kita panggil itu hanyalah nama. Sayangnya tuan-tuan tidak tahu tuan yang empunya nama. Sebenar-benar Allah itu adalah tuan kepada yang empunya nama, Allah yang tidak berhuruf dan Allah yang tidak bersuara. Adapun yang kita sebut itu adalah perkataan nama Allah. Hanya sebut nama, mana tuan yang empunya nama?

Lagi pula Allah bukan suara bibir mulut, apakah dengan tidak ada bibir mulut, Allah itu tidak ada? Apakah Allah itu ada hanya bila mana ada bibir mulut? Apakah kalau tidak ada bibir mulut dan tidak ada suara, Allah itu tidak ada? Cuba jawab?

Belajarlah mengenal Allah yang sebenar-benar Allah iaitu Allah yang tidak perlu ada suara bibir mulut, Allah yang tidak perlu ada suara dan Allah yang tidak perlu ada nama. Tulisan Allah yang di dinding itu bukan Allah. Sebutan perkataan Allah itu bukan Allah.

Mana yang dikatakan sebenar-benar Allah? Sebenar-benar Allah itu adalah yang tidak perlu kepada suara dan tidak perlu kepada tulisan. Apakah tuan-tuan mengenal Allah yang tidak berhuruf dan yang tidak berjisim? Kalau tuan-tuan tidak mengenal Allah dan tidak ingat kepada Allah di dalam solat, apakah solat itu sah? Kenapa tidak haramkan solat orang yang tidak mengenal Allah? Kenapa tidak sesatkan solat orang yang tidak ingat kepada Allah?

Tetapi kenapa orang yang belajar dan orang yang mengajar ilmu makrifat (Ilmu Mengenal Allah) itu sesat dan dituduh haram? Jika semua ilmu makrifat dituduh sesat dan jika semua ilmu makrifat dituduh haram, mana satukah makrifat yang benar? Mana satukah makrifat yang betul? Semua makrifat itu salah, manakah makrifat yang betul?

Tidak pernah kita dengar orang mengajar di masjid, di surau, di televisyen dan tidak pernah kita dengar forum perdana tentang makrifat yang betul. Mana makrifat yang betul untuk dibuat panduan, untuk dibuat tauladan dan dibuat contoh? Mana role-model makrifat yang tak haram dan mana role-model yang tak salah untuk kita jadikan ikutan? Kalau ada saya pun nak tumpang belajar, tetapi mana? Kita sekarang hanya ada golongan yang hanya tahu tuduh sesat dan haram, tetapi makrifat yang tidak sesat, makrifat yang tidak salah tidak pula diajar, melainkan hanya tahu tuduh!

Mana makrifat yang tidak sesat dan mana makrifat yang tidak haram? Tidak pernah kita dengar orang mengajar makrifat di masjid, surau, ceramah atau forum perdana di televisyen atau di corong-corong radio, melainkan kalau adapun hanyalah sekadar istilah makrifat sahaja. Tetapi tentang sebenar-benar mengenal Allah, mengenal diri, zuk, ingat dan melihat Allah tidak pernah kita dengar.

Saya tidak berniat sama sekali untuk menghalalkan yang haram dan untuk mengharamkan yang halal. Haram tetap haram dan halal tetap halal. Cuba tuan-tuan tanya diri tuan-tuan sendiri, apakah tuan-tuan sudah kenal Allah?

APAKAH HUKUM ORANG SOLAT YANG TIDAK KENAL ALLAH DAN APAKAH HUKUM ORANG SOLAT YANG TIDAK INGAT ALLAH? Mari kita sama-sama renungkan.

Daripada Hj. Shaari untuk renungan bersama…amin.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Nak Khusyuk Solat? Nak Ingat Allah?

$
0
0

 

Barang siapa yang berhajat kepada solatnya khusyuk dan barang siapa yang berhajat nak ingat Allah, syarat dan petuanya amat-amat mudah, iaitu kena kenal Allah.

Bila kenal Allah, baru datangnya khusyuk, zuk, tawaduk, limpah, lazat, ikhlas, redha dan sebagainya. Jika tidak kenal Allah, mana mungkin datangnya semua itu, melainkan tipu, tipu, tipu dan tipu! Pembohong bagi sesiapa yang mengaku khusyuk kalau belum kenal Allah. Hendak mengenal Allah, bacalah kitab-kitab Tok Kenali dan lihatlah DVD ceramah Hj. Shaari.

Biar orang tuduh sesat, biar orang tuduh haram, asal kita dapat berjumpa Allah. Orang yang tuduh sesat itu adalah kerana mereka belum jumpa, kalau dah jumpa maka tidaklah timbulnya sesat. Oleh itu, jangan tuduh sesat kalau belum jumpa, tuduhan sesat itu adalah bagi mereka-mereka yang belum jumpa.

Jika tuan-tuan hendak mengenal Allah, bacalah kitab-kitab Tok Kenali dan lihatlah DVD ceramah Hj. Shaari. Kalau dah sesat sangat Hj. Shaari itu, tuan-tuan kutip isi-isi ilmu yang tak sesat, bakar mana yang haram dan kutiplah yang tidak haram.

Rakyat kita itu adalah rakyat yang suka menghukum sebelum membaca. Baca dua baris dah mula tuduh makrifat itu sesat dan tuduh makrifat itu haram, kalau betullah Makrifat Tok Kenali itu sesat atau haram, tunjukkan mana makrifat yang betul dan nyatakan mana makrifat yang benar?

Yang menuduh ajaran makrifat Tok Kenali itu sesat, silalah tuan-tuan tunjukkan mana sebenar-benar solat, mana sebenar-benar mengenal diri dan mana sebenar-benar mengenal Allah? Yang mengaku tidak sesat dan yang mengaku tidak salah itu, cuba tunjukkan jalan benar bagaimana hendak mengenal Allah yang sebenar-benar Allah? Allah itu bukan hanya nama, mana tuan yang empunya nama? Kalau boleh, silalah yang mendakwa tidak sesat itu tunjukkan? Melainkan hanya melalui ilmu makrifat sajalah tuan-tuan akan dapat mengenal Allah Taala.

Oleh itu, baca dan rujuklah kitab-kitab Tok Kenali, ambillah yang jernih dan buangkan yang keruh. Semoga tuan-tuan akan dapat mengenal Allah Taala yang sebenar Allah iaitu Allah yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara.

Lihatlah DVD ceramah Hj. Shaari…amin.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

2 Kitab Terbaru Sudah Berada Di Pasaran

$
0
0

Mengenal Diri Sebenar-benar Diri , Mengenal Allah Sebenar-benar Allah

 

JILID 1                                                                                                                         JILID 2

                                         ????

                   ????

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk makluman para pembaca budiman, 2 buah kitab  terbaru ( ke 10 & 11)  Penamat Segala Ilmu Tok Kenali Kelantan yang bertajuk “Mengenal Diri Sebenar-benar Diri, Mengenal Allah Sebenar-benar Allah”  sudah terbit di pasaran. Kedua-dua buah kitab ini mengandungi masing-masing   543 dan 597 muka surat serta harga bagi kitab-kitab berkenaan ialah RM63.00 senaskah. Untuk sebarang tempahan, sila hubungi talian 019-4444713.


Filed under: Makrifat Tok Kenali

Surat Hj. Shaari Kepada Pihak JAKIM, KDN dan Majlis Fatwa

$
0
0
 

Shaari Mohd Yusof,
Blok A-2-2, Quarters Guru Benus,
Bentong, 28700 Pahang.

Pengarah,
Kementerian Dalam Negeri,
Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran,
Blok D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan,
62546 Puterajaya.

Tarikh: 27 November 2016

PER: RAYUAN BAGI TUJUAN MEMOHON KEBENARAN UNTUK BERTEMU

Tuan, adalah saya Haji Shaari Bin Hj. Mohd Yusof dengan rendah diri menyusun jari sepuluh agar pihak tuan dapatlah kiranya mempertimbangkan untuk saya bertemu muka dengan kakitangan jabatan tuan.

1. Tuan, sebelum buku-buku itu diterbitkan, saya dengan rasa kebertanggungjawaban telah terlebih dahulu menghantar buku-buku itu untuk semakan pihak JAKIM. Bolehlah pihak tuan menyemak surat-surat saya kepada pihak JAKIM yang sebanyak 4 kali meminta disemak dan memanggil saya untuk membuat pembetulan, tunjuk ajar serta memperbaiki mana-mana kesilapan. Namun sampai ke hari ini, tidak ada satu keping surat balasan dari pihak JAKIM.

2. Tujuan saya menghantar buku-buku terbitan saya kepada JAKIM adalah bertujuan untuk mendapatkan semakan, pengesahan dan teguran. Saya selaku murid sekolah yang bodoh ini, minta pihak cikgu sekolah (pihak JAKIM) memeriksa, menyemak dan memperbetulkan kesilapan, malahan sebaliknya saya “dirotan”. Pihak sekolah (Jabatan JAKIM) sepatutnya bertindak selaku pengajar, pembimbing, pendidik dan pihak JAKIM sepatutnya menjadi tempat rujukan, menjadi tempat murid-murid mengadu dan tempat murid-murid mendapat teguran serta tunjuk ajar, sebaliknya pihak JAKIM “bukan menjadi tempat mendidik” malahan menjadi “tempat menghukum” (JAKIM bukan tempat mendidik sebaliknya menjadi tempat menghukum).

Kalau inilah konsep penubuhkan JAKIM dan FATWA, alangkah malangnya bagi anak-anak murid. Di mana lagikah institusi yang tertinggi dalam agama kalau bukan JAKIM dan FATWA? Salahkah dan tidak bolehkah rakyat biasa menulis buku-buku dalam bentuk makrifat (mengenal Allah)? Apakah agama Allah itu milik orang-orang yang memiliki sijil daripada Universiti Al-Azhar sahaja? Sedangkan ilmu Allah itu, adalah kepada sesiapa yang dikehendaki Allah!

Nak dikatakan saya melanggar undang-undang, sedangkan sebelum saya terbit buku-buku itu, terlebih dahulu saya telahpun serah kepada pihak Jabatan JAKIM untuk mendapat semakan dan kajian. Lainlah kalau saya tidak melalui JAKIM, maka bolehlah menuduh saya mencetak secara haram. Sebaliknya saya sudahpun hantar naskah-naskah kitab tersebut kepada jabatan tuan untuk semakan pihak tuan. Apakah ada lagi cara lain untuk saya ajukan?

3. Tuan KDN, saya selaku pengarang jalanan, di manakah lagi tempat untuk saya mengadu dan untuk saya buat rujukan kalau bukan kepada JAKIM, FATWA dan KDN. Sudah kesekian kali surat rayuan saya dihantar kepada pihak-pihak tuan. Kesekian kali juga saya datang ke pejabat tuan dan berjumpa dengan pegawai tuan untuk memperbincangkan perkara ini. Kalaupun saya ada membuat kesilapan dan kesalahan dalam menulis, tidak bolehkah pihak tuan memanggil saya untuk membuat pembetulan, diberi teguran dan untuk diberi tunjuk ajar. Kalaupun ada kesalahan dan kalaupun ada kesilapan dalam penulisan saya dalam sesetengah bab, tidaklah menjadikan keseluruhannya menjadi salah. Dalam banyak-banyak tajuk dan banyak-banyak bab, tidak adakah sedikit yang baik, tidak adakah sedikit yang betul dan tidak adakah sedikit yang benar, sehinggakan diharamkan keseluruhannya?

4. Tuan, keputusan pihak FATWA memutuskan buku-buku keluaran saya itu haram, adalah di atas dasar cadangan dari pihak JAKIM. Kalau boleh saya bertanya di sini, yang menyemak buku-buku keluaran saya itu, adalah mereka-mereka yang berkelulusan Syariah (Syarie), sedangkan karangan atau tulisan saya itu adalah dalam bentuk ilmu makrifat atau bentuk tulisan serta kefahamannya juga sudah tentu mengikut suluhan makrifat dan mengikut sudut kaca mata makrifat!

Apakah pihak tuan ada kepakaran dan ada kemahiran dalam bidang ini? Bidang ini (bidang ilmu makrifat) tidak ada di sekolah-sekolah sekarang dan tidak ada di pusat-pusat pengajian tinggi sekarang, melainkan ilmu ini hanya ada dan hanya dimiliki oleh dada-dada para mukmin yang sesiapa dikehendaki Allah.

Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang memerlukan kemahiran khusus, yang membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara zuk, perkara-perkara rasa dan perkara-perkara di sebalik huruf.

5. Cadangan atau keputusan pihak JAKIM kepada Jabatan FATWA untuk menuduh buku-buku keluaran saya itu haram dan ajaran dari kitab itu sesat, adalah sama sekali tidak berasas dan benar-benar tidak adil (itu satu keputusan yang sama sekali tidak adil dan tidak berasas). Mereka memanggil saya melalui telefon pada tengah harinya dan suruh datang berjumpa mereka pada pagi keesokkan harinya (tak sampai 12 jam). Dari Kelantan saya datang dengan harapan agar mendapat jawapan dari surut-surat saya, sebaliknya kedatangan saya pada hari itu, adalah bertujuan untuk mengharamkan buku-buku karangan saya, tanpa alasan yang kukuh dan tanpa diberi peluang untuk saya membelanya (diharamkan tanpa diberi penjelasan yang sewajarnya).

Saya bertanya kepada mereka, tentang kesalahan dan kesilapan itu pada muka surat berapa dan perenggan mana? Saya merayu beberapa kali kepada pihak yang hadir pada hari itu, untuk datang ke pejabat, bertemu dengan kakitangan mereka untuk mendapat penjelasan lanjut, malangnya seolah-olah tidak ada ruang langsung untuk saya. Sejahil-jahil dan sebodoh-bodoh saya, saya telah menerbitkan 11 judul buku makrifat. Sedangkan kakitangan KDN, kakitangan Majlis FATWA dan kakitangan JAKIM sendiripun tidak ada yang menulis, mengarang atau menerbit judul-judul buku yang sebegitu banyak (ketebalan setiap buku hampir mencecah 500 sehingga 600 muka surat). Kalau tidak menjadi kesalahan, izinkan saya untuk bertanya, seramai-ramai pegawai di jabatan JAKIM, pegawai di Majlis Fatwa dan seramai-ramai kakitangan di Jabatan KDN itu, berapa keratkah, berapa ramaikah dan berapa orangkah yang menulis kitab atau mengarang buku? Apa lagi untuk mengarang kitab-kitab berbentuk ilmu makrifat, dalam bentuk ilmu biasapun tidak ramai yang menulis, sedangkan saya yang bodoh dan yang tidak berpelajaran Azhar inipun, sudah dan telahpun menerbitkan sebanyak 11 judul kitab yang tebal-tebal dan akan menyusul lagi 17 judul tidak lama lagi. Apakah tuan tidak menghargainya? Kakitangan tuan dan tuan sendiripun tidak menulis sebagaimana banyaknya saya menulis, mengarang dan menerbit buku-buku dan kitab-kitab.

Tuan, kita ada kelebihan sendiri-sendiri, tuan lebihnya kepada ilmu feqah dan saya pula lebihnya kepada ilmu makrifat! Kalaupun salahlah ilmu makrifat yang saya tulis, yang saya ajar dan yang saya terbitkan, apa salahkah kalau pihak tuan memanggil saya, jemput saya dan apa salahkah kalau tuan mempersilakan saya datang ke pejabat tuan, bertanya dari mulut saya sendiri dari tuannya sendiri. Saya mahu belajar, saya mahu mendapat tunjuk ajar dan saya memohon untuk mendapat bimbingan dari pihak tuan, agar tulisan saya yang akan datang ini tidak lagi dituduh haram dan supaya tidak lagi dilabel sesat!

Ini kitab ilmu makrifat yang memerlukan kepakaran dalam bidang makrifat (yang tidak ada di universiti-universiti). Kalaupun tulisan saya itu salah, apa salahnya diberi tunjuk ajar, diberi pembetulan dan diberi penerangan yang sewajarnya. Kalaupun ada yang silap, salahkah kalau diberi tahu atau dimaklumkan muka surat ke berapa dan perenggan ke berapa? Jadi tidaklah saya menjadi penasaran dan tidaklah saya tertanya-tanya. Apa salahnya saya dipanggil dan apalah salahnya saya diberi peluang untuk berjumpa kakitangan pihak tuan “yang bersesuaian dengan ilmu ini”, sekurang-kurangnya saya tahu di mana silap dan di mana salahnya.

6. Dalam persidangan pihak Majlis Fatwa bersama saya tempoh hari, hal kesilapan buku tidak langsung disentuh. Melainkan pada pertemuan itu, lebih membicarakan soal perkara-perkara persoalan berkenaan dengan perkara-perkara peribadi dan hal tahap pendidikan saya, iaitu mengenai asal usul pendidikan agama saya, belajar dengan siapa, suruh saya sambung ayat Quran (sedangkan saya bukan Al-Hafiz), bertanyakan kitab-kitab rujukan yang saya baca (sedangkan ahli kitab sendiri ada yang tidak faham apa yang mereka baca). Ilmu faham itu milik Allah kepada sesiapa yang dikehendaki. Kalaupun dibaca 1000 kitab, belum tentu mendapat faham, kalau tidak dizinkan Allah untuk faham. Tambahan pula kefahaman ilmu kitab itu ada 4 tingkatan: Faham dari segi suluhan ilmu syariat (ilmu feqah), faham dari segi suluhan ilmu tarekat, faham dari segi suluhan ilmu hakikat dan faham dari segi suluhan ilmu makrifat! Suluhan ilmu tulisan saya adalah mengikut sudut pandang ilmu makrifat sedangkan pihak tuan menentukan salah dan haram dalam suluhan ilmu feqah (ilmu syariat), mana mungkin tulisan saya ini bertemu benar oleh pihak tuan, melainkan salah dan sesat yang tuan nampak kerana suluhan pihak tuan itu, adalah pandangan mengikut suluhan kaca mata ilmu syariat (suluhan ilmu feqah).

Suluhan ilmu feqah (suluhan ilmu syariat), mana mungkin bertemu benar oleh pihak tuan, melainkan pihak tuan hanya nampak sesat, haram dan hanya nampak salah terhadap penerbitan buku-buku tulisan saya, yang mana rata-rata tulisan saya itu adalah berunsurkan makrifat.

7. Saya menyusun jari sepuluh dan dengan rasa rendah diri, merayu dengan bersungguh-sungguh kepada pihak Majlis Fatwa, kepada pihak JAKIM dan kepada pihak KDN, panggillah saya, kita buat pertemuan dan kita buat sesi muzakarah dari hati ke hati. Jangan pula panggil saya seperti yang Majlis Fatwa buat kepada saya baru-baru ini. Contoh: Saya seorang murid yang baru hendak belajar menulis dan baru nak belajar mengarang, hantar hasil karangan dan hantar hasil tulisan kepada pihak cikgu untuk diperiksa. Tiba-tiba cikgu panggil saya dengan disediakan rotan dan bukan sahaja tunjuk rotan dalam bentuk rotan sebaliknya mendapat rotan. Anak murid minta ditunjuk ajar, sebaliknya mendapat rotan! Inikah institusi pendidikan dan inikah cara pihak agama kita?

Masa pertemuan saya dengan pihak Majlis Fatwa suatu ketika dulu, pihak Majlis Fatwa diwakili seramai berpuluh-puluh orang peserta (jumlah tepat saya tak ingat dan kalau tak salah saya seramai 60 orang lebih). Sedangkan saya hanya ditemani oleh seorang rakan. Saya ingat dipanggil untuk tujuan perbincangan biasa sebaliknya Majlis Fatwa menyediakan seumpama ada guru besar, ada guru disiplin, ada pengetua, ada pengawas dan ada rotan di atas meja. Beginikah caranya mendidik, mengajar dan membimbing? Kalaupun saya seorang peguam yang pintar yang hebat sekalipun pasti akan merasa gugup, merasa terkejut dan merasa takut. Bagaimana nak berbincang dalam keadaan takut? Cuba bayangkan kalau kita seorang guru mengajar murid di hadapan guru besar (di hadapan guru pelawat)? Kedatangan saya pada hari itu, adalah bertujuan dengan harapan cikgu memberi markah sebaliknya cikgu memberi rotan, bagaimana mungkin murid boleh bersuara?

Oleh itu, saya minta dibukalah pintu hati pihak tuan supaya menjemput saya, kita sama-sama berbincang mengenai duduknya perkara. Kita sama-sama ingin berjuang untuk menegakkan kebenaran demi agama, demi bangsa dan demi generasi anak-anak kita masa hadapan dengan “cara yang halal”.

Sepatutnya setiap soalan yang salah dari pihak murid, pasti ada jawapan yang benar dari pihak cikgu, apa salahnya kalau dipanggil dan diberi tunjuk ajar yang benar. Kalaupun seorang murid melakukan kesalahan, tidak bolehkah diberi tahu muka surat berapa dan kenapa, supaya dapat murid tahu mana salah dan di manakah silapnya agar dapat diperbetulkan. Dikeranakan saya mentimun dan pihak Majlis Fatwa, JAKIM dan KDN adalah durian, makanya pihak tuan selalu menggunakan pendekatan menghukum berbanding pendekatan mendidik. selaku rakyat biasa apalah yang dapat saya buat.

Pada suatu masa, saya pernah terfikir untuk melantik peguam untuk melawan pihak tuan. Sayangnya tidak ada peguam yang berpendidikan ilmu makrifat. Ilmu yang saya bawa ini adalah ilmu makrifat, sedangkan lawan yang hendak saya lawan itu adalah berilmu syariat, jadi peguam manakah yang hendak saya cari untuk melawan hujah-hujah tuan? Saya pernah terfikir untuk mencari peguam untuk mewakili saya, demi untuk menegakkan ilmu makrifat di bumi Allah ini. Ilmu makrifat ini adalah ilmu fardhu ain (iaitu ilmu wajib), tetapi sayangnya tidak ada tokoh makrifat yang ada di bumi Malaysia kita ini untuk dijadikan role model.

Di jabatan-jabatan tuan sendiripun tidak ada yang berpelajaran ilmu makrifat dan tidak ada jurusan makrifat, jadi tidak ada cara untuk saya mempertahankan diri saya, tidak ada kaedah untuk menegakkan hujah saya dan tidak ada sesiapa yang boleh memperjuangkan ilmu saya. Saya bersendirian sedangkan tuan lengkap dengan senjata, dengan kereta kebal dan dengan peluru. Itu makanya saya memohon jasa baik tuan panggillah saya, kita buat sesi muzakarah secara damai, secara persahabatan, secara halus, secara tenang dan bukan sebagaimana yang dibuat oleh pihak Majlis Fatwa. Pertemuan yang dibuat dan yang diatur oleh pihak Majlis Fatwa tempoh hari itu, usah kata saya, jeneral polis sekalipun akan kecut perut. Mereka bukan berniat untuk mendidik tetapi berniat untuk menghukum!

Mahkamah jenayahpun ada sesi pembelaan dan ada sesi mempertahankan diri sebaliknya apa yang dibuat oleh pihak Majlis Fatwa itu, adalah sesi untuk membunuh dan menghukum. Seolah-olah pihak Fatwa sahaja yang betul dan benar. Apakah penulis biasa juga tidak ada hak? Saya mengeluarkan buah fikiran melalui buku-buku. Kalau ada yang tak betul apa salahnya ditegur? Apa sudah tidak ada kaedah lain lagikah selain dari jalan menghukum.

8. Tuan, sekarang memang rakyat boleh berdiam diri menerima apa sahaja hukuman dari pihak berkuasa agama tanpa pembelaan, namun pada suatu hari nanti, suatu saat nanti dan pada suatu ketika nanti, rakyat pasti akan bangkit melawan, memberontak dan menentang pihak berkuasa agama. Malahan sekarang inipun secara diam-diam sudah ramai masyarakat yang sudah mula menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap penguasa agama di negara kita. Malangnya mereka tidak ada saluran untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka. Kalaulah ada tempat untuk mereka mengadu, saya pasti ramai yang akan tampil ke hadapan menentangnya. Rakyat tidak diberi hak untuk mempertahankan diri sekalipun untuk memberi pandangan dalam hal-hal keagamaan. Apa salahnya saya dipanggil dan diberi tahu terdapat kesalahan atau terdapat kepincangan di mana-mana muka surat supaya saya tahu di mana salah dan di mana silap. Sedangkan sebanyak 4 kali saya tulis surat kepada JAKIM dan 2 kali kepada KDN supaya saya diberi peluang berjumpa untuk berbincang. Saya boleh datang pada bila-bila masa yang terlapang oleh pihak tuan. Secara berseorangan pun boleh dan kalau tuan nak kumpul kakitangan tuan secara beramai-ramai pun boleh.

Ilmu makrifat sudah pupus dan hampir lenyap, kalau tidak kita memperjuangkannya siapa lagi. Kalaulah makrifat yang saya bawa ini salah, silap, sesat, songsang atau memesongkan akidah, sila berilah kami petunjuk makrifat yang betul, makrifat yang benar, makrifat yang tidak songsang dan makrifat yang tidak terpesong. Perkenalkan kepada kita semua siapakah guru makrifat yang benar dan guru makrifat yang betul? Sila perkenalkan kepada kami siapakah di kalangan kakitangan pihak tuan yang berilmu makrifat untuk dijadikan tempat kami merujuk.

Kalau ada kakitangan tuan yang berilmu makrifat, kenapa tidak diujudkan bahagian khusus dalam bidang makrifat. Kenapa tidak ilmu makrifat ini dibawa ke khalayak ramai, sampai bilakah ilmu makrifat ini hendak disorok dan sampai bila ilmu makrifat ini hendak disembunyikan kepada pengetahuan umum. Perkenalkan tokoh-tokoh makrifat yang berilmu makrifat supaya boleh kita bawa berceramah di masjid-masjid, di forum-forum dan dimasukkan dalam siaran televisyen.

Saya mohon maaf kalau tulisan dan isi kandungan surat saya ini kelihatannya seperti menghina jabatan tuan, saya tidak sedikitpun di hati terlintas untuk menghina tetapi inilah adalah kenyataan sebenar isi hati saya dan isi hati seluruh masyarakat kita. Untuk mendapatkan seorang tokoh yang berilmu makrifat untuk dijadikan tempat rujukan! Saya nak rujuk buku-buku makrifat yang saya tulisan ini kepada orang yang berilmu makrifat, barulah dia faham apa yang saya tulis. Kalau kita rujuk kepada yang bukan ahli dan kalau disemak oleh orang yang bukan ahli, inilah jadinya.

9. Kalaupun ada yang salah dan ada yang silap, tidak bolehkah diperbetulkan dan diberi tunjuk ajar. Buku karangan Arwah Dato’ Harun Din pun, suatu masa dulu bukunya juga pernah diharamkan inikan pula saya yang bukan dari kalangan ulama. Jabatan kerajaan sepatutnya menjadi tempat mendidik bukan menjadi tempat menghukum.

Bukan tujuan kami untuk menyesatkan orang atau untuk memesongkan akidah orang. Tidak ada seorang doktor pun yang mahu lihat pesakitnya mati. Kita sama-sama mahu merawat bukannya untuk mematikan pesakit. Begitu juga saya, saya tidak ajar menyembah selain Allah.

Kalau sekalipun nak tuduh buku-buku keluaran saya itu sesat, haram dan memesongkan orang, jangan kita haramkan orang di atas hal-hal peribadi. Mari kita sama-sama selak satu persatu buku-buku keluaran saya itu, muka surat mana yang dikatakan haram?

Mari kita bincang, kita lihat dan kita sama-sama semak Bab Solat, Bab Puasa, Bab Haji, Bab Zakat, Bab Syahadah, Bab Mengenal Diri dan Bab Mengenal Allah. Jangan sahaja kita cari kesalahan dalam bab peribadi sehingga nak mengharamkan semua buku. Di bawah ini saya ada lampirkan khas jawapan dan hujah-hujah saya dalam menjawab dakwaan tuan. Rata-rata hanya diharamkan merujuk kepada soal peribadi dan bukannya merujuk pada soal pokok iaitu soal permasalahan khusus solat, sebenar-benar puasa, sebenar-benar syahadah, sebenar-benar mengenal diri atau mereka tidak memperbincangkan perkara permasalahan cara mengenal Allah. Kalau tuan-tuan nak tahu, sila rujuk lampiran yang saya lampirkan dan buatlah pertimbangan dengan apa yang saya perkatakan.

10. Tuan, ke mana lagi tempat saya mengadu, kalau tidak kepada KDN. Oleh itu saya dengan rasa hormat kepada jabatan-jabatan kerajaan, dengan rasa rendah diri selaku rakyat biasa (selaku pengarang biasa) menyusun jari sepuluh, sangat-sangat berharap agar rayuan surat saya ini didengar dan mendapat pertimbangan oleh pihak tuan. Saya bermohon sangat-sangat agar menggugurkan segala larangan terhadap terbitan saya.

11. Tuan, kalau dibaca buku-buku karangan Tok Kenali dengan teliti dan ikhlas. Di situ tuan-tuan akan mengalirkan air mata, betapa kita ini tersangat jauh dengan Allah Taala. Di situ tuan-tuan akan bertemu dengan apa yang tuan cari selama hidup ini, yang tidak terdapat di mana-mana kitab yang lain. Inilah sebenar-benar ilmu yang kita cari selama ini. Pendekatan mengenal diri sebenar-benar diri mengenal Allah sebenar-benar Allah. Allah yang bukan sekadar lafaz, Allah yang bukan sekadar nama sebutan bibir mulut. Inilah kitab yang memperihalkan tentang penyerahan diri yang sebenar-benar penyerahan yang jarang terdapat dalam kitab-kitab terkini. Inilah sebenar-benar ilmu peninggalan ulama besar kita Tok Kenali Kelantan. Malangnya tuan-tuan baca dengan mata tertutup dan tidak memanfaatkan kandungan isi di dalamnya, tuan-tuan baca dengan menggunakan mata zahir dan tidak baca dengan menggunakan mata hati, itulah makanya tuan-tuan menyalahkan penerbitan kitab-kitab ini.

12. Akhir sekali, saya merayu kepada pihak tuan, berilah peluang kepada saya untuk mempertahankan hak saya dan diminta mengugurkan larangan penerbitan buku-buku Tok Kenali keluaran saya. Kalau diberi keizinan dari pihak tuan, ingin saya melantik seorang peguam untuk membela permohonan rayuan saya ini. Saya merayu kepada tuan, berilah jalan, berilah kaedah atau cara mana untuk saya mempertahankan karya saya (apakah boleh saya melantik peguam), itupun kalau tidak menjadi kesalahan oleh pihak tuan, agar dapat saya mempertahankan hak saya sebagai penerbit dan supaya juga dapat mempertahankan kebenaran.

13. Dikepilkan surat rayuan saya kepada pihak tuan. Surat asal kepada KDN tidak dapat saya kesan kerana hilang dari simpanan. Namun saya kepilkan surat yang saya kirim kepada JAKIM yang mana isi kandungan serta tarikhnya juga adalah sama.

Sekian dulu dari saya, saya dahului dengan ucapan terima kasih dan wasalamualaikum.

Saya Hj. Shaari Bin Hj. Mohd Yusof,
Penerbit Kitab Tok Kenali Kelantan,
27hb September 2016.

Lampiran:

[1-11 10:12 PG] i. Bertentangan dengan fakta sejarah
Dakwaan ilmu yang diperolehi adalah peninggalan ilmu Syeikh Daud al-Fatani yang diwarisi oleh dua ulama terkenal, iaitu Tok Kenali dan Tok Selehong adalah satu pembohongan, kerana kedua ulama tersebut tidak sempat berguru dengan Syeikh Daud Al-Fatani yang meninggal tahun 1846, iaitu lebih 22 tahun sebelum kelahiran kedua-dua ulama tersebut.

[1-11 10:12 PG] 3. Haji Shaari bin Mohd. Yusof tidak pernah mendapat pendidikan agama di mana-mana sekolah agama atau pondok. Beliau memperoleh diploma dalam bidang Pentadbiran dan Undang-Undang UiTM Shah Alam, Selangor dan pernah berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia.

[1-11 10:12 PG] (v) Mohd Yusof Cik Wook tidak pernah menjadi tenaga pengajar di Pondok Kubang Bemban, Pasir Mas Kelantan seperti didakwa Haji Shaari.

[1-11 10:12 PG] Pluralisme dalam akidah dan tarikat. Menurut dakwaan Haji Shaari, Tok Kenali berpesan; bertarikatlah apa saja benar belaka, Tarikat Naqsyabandiah, Tarikat Ahmadiah semuanya menuju Allah. Muktazilah, Qadariah, Jabariah, Syiah, Wahabi dan lain-lain semuanya sama asalkan menuju Allah. Dakwaan ini jelas bertentangan dengan dasar yang telah disepakati oleh ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah.
[Voice message]
115 KB

Mereka hanya mendakwa saya sesat atas dasar fakta tarikh sejarah dan hal-hal yang bersangkut paut dengan peribadi tetapi mereka tidak mendakwa atas dasar ilmu.

Jawapan atau pembelaan diri daripada Haji Shaari:

1) Menjawab Soalan Pertama: Yang menuduh bahawa Tok Selehong dan Tok Kenali tidak pernah belajar dengan Syeikh Daud Al- Fatani. Di sini sukalah saya bertanya kepada tuan. Tuan belajar, menimba, menuntut dan mempelajari ilmu peninggalan Imam ghazali, apakah tuan pernah hidup sezaman dengannya? Kita belajar ilmu, tidak semestinya dari diri guru. Adakalanya kita belajar dari kitab-kitab, tidak kurang pula ada yang belajar melalui pewaris-pewaris dan ada yang belajar dari sahabat-sahabatnya. Yang keduanya, ilmu yang kita warisi itu, ada kalanya melalui mulut ke mulut. Jangan jadikan tarikh mula belajar ilmu untuk dijadikan kayu mengukur kefahaman seseorang. Sebaliknya tarikh kefahaman ilmu itu sendirilah sepatutnya menjadi tanda aras pencapai sesuatu ilmu dan bukan tarikh mula belajar (Jangan kita kira masa bermula tetapi mari kita kira tarikh kesudahannya).
Kenapa kita masih ikut kitab-kitab “Ihya ulumuddin” karangan Iman Ghazali, sedangkan kita tidak hidup sezaman dengan Iman Ghazali dan tidak hidup sezaman dengan para-para sahabat Nabi. Begitu juga Tok Kenali dan Tok Selehong dan Syeikh Ahmad Al-Fatani. Mereka tidak seusia dengan Syeikh Daud Al-Fatani dan tidak berguru dengan batang tubuh Syeikh Daud Al-Fatani tetapi berguru dengan ilmu Syeikh Daud Al-Fatani. Yang ketiganya pula, ilmu para guru terdahulu ada yang tercatat dan ada pula yang hanya melalui mulut ke mulut. Sebagaimana Abu Hurairah yang menerima dua bejana ilmu dari Rasulullah. Ada bejana ilmu yang boleh disurat (atau boleh dihabur kepada masyarakar umum) dan ada ilmu yang tidak boleh dihaburkan (melainkan timbul fitnah). Sesungguhnya, ilmu Syeikh Daud Al-Fatani itu diambil oleh Syeikh Ahmad Al-Fatani dan disampaikan pula kepada Tok Selehong dan Tok Kenali semasa mereka sama-sama di Kota Mekah. Itulah menurut cerita yang dapat saya dengar dari mereka-mereka terdahulu (kerana saya bukan pakar dan bukan ahli sejarah).

2) Jawapan Soalan Kedua: Yang menuduh Haji Shaari bin Haji Mohd Yusof, tidak pernah mendapat pendidikan agama di mana-mana sekolah agama atau pondok. Memang benar saya tidak pernah belajar sekolah pondok. Persoalannya di sini, apakah agama Islam itu hanya untuk orang pondok sahaja? Apakah orang yang tidak belajar pondok tidak boleh untuk bercakap tentang agama? Apakah agama itu untuk orang sekolah pondok dan orang sekolah arab sahaja? Apakah orang yang bukan dari sekolah pondok seperti Profesor Dr. Mohaya dan Dato’ Fazilah Kamsan itu pernah sekolah pondok? Kenapa Dr. Mohaya dan Dato’ Fazilah Kamsan boleh bercakap agama dan kenapa bila sampai kepada Hj. Shaari ianya menjadi tidak boleh? Ustaz Kazim juga tidak mengaji pondok dan tidak berkelulusan Al-Azhar (hanya setakat kolej sahaja) kenapa pula boleh bercakap agama? Ilmu agama Allah itu, bukannya milik sesiapa, bukan milik tuan-tuan sekalipun tuan-tuan lepasan dari Universiti Al-Azhar. Ilmu Allah itu adalah milik Allah yang akan diberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sekurang-kurangnya saya itu, ada juga berkelulusan diploma pentadbiran undang-undang, yang semestinya wajib lulus undang-undang syariah dan undang-undang sivil sebelum lulus bagi mendapat diploma. Apakah semua orang yang hendak bercakap agama itu kena masuk universiti Al-Azhar dahulu atau kena sekolah pondok dahulu? Ilmu agama Allah itu bukannya milik orang-orang sekolah pondok, bukan milik guru, bukan milik Universiti Al-Azhar sebaliknya ia milik sesiapa yang dikehendaki Allah.

3) Jawapan Soalan Ketiga: Yang menuduh dan meyangkal Haji Mohd Yusof sebagai tenaga pengajar (sebagai guru) dan dikatakan tidak pernah menjadi tenaga pengajar di pondok Haji Roni, Kubang Bemban, Pasir Mas Kelantan. Sedangkan beliau adalah salah seorang tenaga pengajar (pernah menjadi salah seorang guru) dipondok Kubang Benban Pasir Mas Kelantan pada sekitar tahun 1950-an. Sebaliknya orang yang menuduh Hj. Mohd Yusof Cik Wook bukan guru pondok, tidak boleh untuk membuktikan yang Hj. Mohd Yusof itu bukan guru pondok! Mereka yang menuduh itu, tidak pernah hidup sezaman itu? Cuba buktikan yang Mohd Yusof itu bukan guru? Fakta sejarah seseorang guru, ada yang tercatat dalam lipatan sejarah dan tidak kurang pula ada yang tidak ada dalam catatan sejarah. Begitu juga sejarah kesultanan Melayu, ada sultan-sultan dan Raja-Raja yang tidak ada dalam lipatan sejarah. Begitu juga Hj. Mohd Yusof adalah seorang tokoh guru yang tidak dikenali ramai. Saya selaku anak kepada Hj. Mohd Yusof Cik Wook, mencabar pihak-pihak yang menuduh itu supaya mengemukakan bukti bahawa Hj. Mohd Yusof Cik Wook itu bukan guru di pondok itu!

4) Jawapan Soalan Keempat: Yang mengatakan Hj. Shaari mengajar konsep ilmu pluralisme (iaitu menyamakan semua agama itu benar belaka). Semua agama, semua orang dan semua anutan di dalam dunia ini, adalah berasal dari Tuhan yang sama iaitu Tuhan kepada Adam. Tuhan itu pada hakikatnya cuma satu, yang menjadi perbedaan, adalah semata-mata di atas dasar panggilan nama (panggilan sahaja yang berbeza). Kalau kita orang Islam nama Tuhan kita adalah Allah. Bagi orang hindu, Tuhan dia adalah dewa atau brahma, Tuhan bagi orang berbangsa cina kebanyakkannya adalah Buddha dan manakala Tuhan bagi orang kristian itu adalah Jesus. Tuhan bagi orang yang berbangsa India, berbangsa Melayu, berbangsa Cina dan orang yang beragama Islam, agama kristian, agama Buddha atau agama Hindu itu, semuanya hanya bertuhankan kepada Tuhan yang berbentuk nama semata-mata (baik kita yang berbangsa Melayu Islam juga hanya bertuhankan kepada Tuhan nama!). Tuhan sebenar-benar Tuhan dan Allah sebenar-benar Allah itu, adalah yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara, yang tidak berjirim dan yang tidak berjisim (laisa kamislihi syaiun). Allah bukan nama, Allah bukan sifat, Allah bukan afaal dan Allah bukan zat. Allah sebenar-benar Allah dan Tuhan yang sebenar-benar Tuhan itu, adalah Allah dan Tuhan yang menjadi “tuan kepada yang empunya nama!”. Sebenar-benar Islam yang benar itu, adalah bertuhankan kepada “tuan yang empunya nama”. Sedangkan Allah yang kita sebut-sebutkan itu, adalah hanya sekadar nama dari lafazan bibir. Sedangkan nama yang kita lafaz itu bukan Tuhan dan bukan Allah, itu suara bibir. Suara bibir bukan Allah. Manakah tuan yang empunya nama, tuan yang empunya sifat, tuan yang empunya afaal dan mana satukah Allah yang menjadi tuan kepada yang empunya zat? Tuhan atau tuan kepada nama Allah itu, adalah “La hurufin wala syautin” (tidak berhuruf dan tidak bersuara). Adapun Allah yang kita sebut dengan menggunakan suara bibir mulut itu, itu adalah berupa suara dan berupa angin yang keluar dari mulut, sedangkan suara atau angin itu bukan Allah. Baik Cina, baik India, baik Kristian, baik Hindu, baik Buddha mahupun Islam, semuanya bertuhankan kepada nama bukannya bertuhan kepada tuan yang empunya nama. Itu sebab saya kata semua agama itu sama, iaitu sama dalam bertuhankan kepada nama. Yang membezakan Islam dengan agama-agama lain itu adalah Tuhan Allah yang tidak berhuruf dan tidak bersuara (iaitu tuan kepada nama Tuhan dan tuan kepada nama Allah!). Sedangkan masing-masing kita beragama yang bertuhankan kepada nama panggil-panggilan.

Oleh itu, mari kita sama-sama bertuhankan kepada tuan kepada batu, tuan kepada bukit, tuan kepada langit, tuan kepada bumi, tuan kepada nama, tuan kepada sifat, tuan kepada afaal, tuan kepada zat, tuan kepada berhala, tuan kepada Kaabah, tuan kepada Malaikat, tuan kepada Syurga, tuan kepada Neraka, tuan kepada solat, tuan kepada zikir dan marilah kita sama-sama bertuhankan tuan kepada diri kita sendiri. Ini sahaja yang membezakan antara agama kita islam dengan agama-agama lain.

Kambing panggil anak dia makan dengan cara mengembek. Harimau panggil anak dia makan dengan cara mengaum dan itik panggil anak dia makan dengan cara mengekek. Salahkah harimau menggunakan bahasa mengaum dan salahkah kambing menggunakan bahasa mengembek dan salahkah itik menggunakan bahasa mengekek? Janji menuju kepada Allah yang satu (iaitu tuan kepada nama Allah itu sendiri). Berbeza cara, berbeza kaedah dan berbeza jalan, melainkan semua kita menuju kepada yang satu. Kalau tuan-tuan yang beragama Islam sekalipun, kalau tidak tahu yang satu dan tidak kenal yang satu, apa bezanya tuan-tuan dengan agama-agama yang lain? (iaitu hanya bertuhankan kepada nama (Allah) sedangkan Allah itu bukan nama), Allah yang sebenar-benar Allah itu, adalah tuan kepada yang empunya nama!

Tuduhan yang dilemparkan terhadap saya yang mengatakan saya menyamakan agama Islam (iaitu Islam yang mengenal Allah) dengan agama-agama lain itu, sama sekali tidak benar. Kita berbeza pada aspek ibadah dan kita berbeza dalam kaedah beragama tetapi “kita tidak boleh berbeza dari segi ketuhanan”. Semua agama bertuhankan kepada Tuhan yang paling gagah, paling kuat, paling tinggi, paling teratas, paling agung, paling berkuasa. Itu makanya saya katakan bahawa semua agama itu sama, iaitu sama dalam kaedah berTuhan. Mereka-mereka yang benar-benar beragama itu, adalah mereka-mereka yang bertuhankan kepada tuan yang empunya Tuhan dan tuan kepada yang empunya nama Allah.

Orang Arab berfahaman wahabi, orang Iran dan Irak berfahaman syiah dan sunni dan kita orang Malaysia berfahaman ahli sunnah wal jamaah. Apakah syurga itu untuk orang malaysia sahaja? Apakah orang Arab, orang Iran dan orang Irak itu semuanya masuk neraka dan apakah semua kafir? Apakah syurga dan Allah itu hanya milik fahaman ahli sunnah wal jamaah sahaja? Agama Allah itu luas, dalam dan jauh pengertiannya, bagi sesiapa yang memahaminya.

Inilah jawapan atau hujah-hujah daripada Hj Shaari bagi menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh pihak FATWA dan JAKIM yang dilemparkan kepada saya (Hj Shaari Hj Mohd Yusof) untuk tatapan umum bagi sama-sama kita membuat penilaian dan menjawab terhadap tuduhan sesat oleh segelintir masyarakat ramai terhadap ilmu makrifat Tok Kenali.

Daripada Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof.

S.K
Jabatan JAKIM
Jabatan KDN
Jabatan Majlis Fatwa Kebangsaan

Sila sebarkan jawapan dan hujah saya ini kepada semua pihak. Amin…


Filed under: Makrifat Tok Kenali

Kisah Zun Nun dan Seorang Pemuda

$
0
0

 

Ada seorang pemuda yang selalu berkata tidak elok terhadap kaum sufi. Suatu hari Zun Nun menanggalkan cincin di jarinya kemudian memberikan cincin itu kepada pemuda itu sambil berkata, “Bawalah cincin ini ke pasar dan gadaikanlah dengan harga satu dinar”. Pemuda itupun membawa cincin tersebut ke pasar tetapi tidak seorang pun yang mahu menerimanya dengan harga satu dinar. Pemuda itu kembali dan menyampaikan hal itu kepada Zun Nun. “Sekarang bawalah cincin ini kepada pedagang permata dan tanyakan harganya?”, Zun Nun berkata kepada si pemuda. Ternyata pedagang-pedagang permata menganggarkan cincin itu bernilai seribu dinar. Ketika pemuda itu kembali, Zun Nun berkata kepadanya, “Engkau hanya mengetahui sufi seperti pemilik-pemilik kedai di pekan tadi tanpa mengetahui harga cincin ini”. Pemuda itu lalu bertaubat dan dia tidak lagi mencemuh para sufi.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali

Petua Untuk Jadi Benar-Benar Kaya

$
0
0

 

Sesungguhnya orang kaya itu, adalah mereka-mereka yang tidak memiliki apa-apa. Orang yang tidak memiliki apa-apa itulah yang dikatakan sebenar-benar orang kaya. Tidakkah kaya itu sifatnya Allah. Kalau kita mengaku kita kaya dan Allah juga mengaku Dia kaya, siapakah yang sebenar-benar kaya di antara kita? Sudah tentu yang bersifat kaya itu adalah Allah dan setelah Allah benar-benar bersifat kaya maka kita sudah tentu bersifat miskin. Bilamana kita miskin barulah Allah itu benar-benar bersifat kaya. Setelah Allah bersifat kaya, maka akan dilimpahkan kekayaanNya ke atas hamba-hambaNya yang miskin. Kalau kita bersifat kaya, Allah tidak akan sekali-kali melimpahkan kurnia kekayaanNya kepada orang-orang yang mengaku kaya. Orang yang mengaku kaya itu, adalah mereka-mereka yang sudah merampas pakaian Allah. Barang siapa yang merampas pakaian Allah, itulah musuh dan seteru Allah. Bagi mereka-mereka yang inginkan kekayaan, hendaklah bersifat miskin. Setelah kita benar-benar menjadi miskin, di situlah Allah akan memakaikan sifat-sifat kebesaran kaya ke atas kita. Kalau kita dipakaikan Allah sifat kebesaran kekayaanNya kepada kita, di situlah kita akan menjadi kaya. Kalau diri kita sudah kita leburkan (lebur akan kekayaan kepada miskin), barulah Allah boleh memakaikan pakaian kayaNya itu kepada kita.

Ingat, kita sekali-kali tidak boleh memakai sifat Allah (kaya itu sifat Allah), biarlah sifat Allah itu, hanya Allah sahaja yang pakai. Setelah kita serahkan pakaian kaya itu kepada Allah, barulah dikatakan kita itu benar-benar miskin. Setelah kita benar-benar miskin, baru kekayaan Allah dapat diterjemahkan, dapat dijelmakan dan dapat diwajahkan ke atas kita.

Setelah Allah memakaikan sifat kekayaanNya kepada kita, di situlah kita tidak lagi akan takut kepada miskin, tidak takut kepada susah, tidak takut kepada rugi, tidak takut kepada sakit, tidak takut kepada orang, tidak takut kepada binatang buas, tidak takut kepada keris lembing dan tidak takut kepada selain Allah. Kekayaan dari pemberian Allah itu, adalah kekayaan orang yang tidak sekali-kali merasa takut kepada selain Allah. Orang yang merasa takut itu, adalah orang miskin. Sekarang apa lagi yang hendak kita takut, tidakkah Allah telah memakaikan kita akan sifat kebesarannyaNya ke atas kita? Kekayaan Allah boleh meliputi sekalian jasad kita setelah jasad kita kembali miskin. Miskinnya jasad kita itu, adalah setelah kita selamat mengembalikan dan memulangkan kembali ketujuh-tujuh anggota kepada Allah, sehingga anggota kita ini kelihatan tidak lagi berfungsi selaku makhluk melainkan kita ini hanya berfungsi selaku bagi menyatakan Allah Taala.

Orang yang memakai kekayaan hasil dari pemberian Allah (hasil dari kurniaan Allah) itu, adalah mereka-mereka yang tidak lagi takut kepada Neraka dan orang yang tidak lagi mengharap Syurga atau pahala, kerana mereka sudah cukup kaya dengan Allah. Kaya bersama Allah itu, adalah kekayaan yang sudah melebihi dari kayanya wang ringgit. Setelah kita bersama Allah, bererti kita adalah orang yang paling kaya dari orang-orang kaya.

Hasil air tangan dari nukilan Hj. Shaari. Amin…

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Filed under: Makrifat Tok Kenali
Viewing all 40 articles
Browse latest View live